Saturday 13 August 2011

Pengalaman melabur emas


salam kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya berkaitan emas :)

Pengalaman melabur dalam industri emas ni bermula tahun 2009...saya mempunyai 2 pengalaman berbeza mengenai pelaburan emas...



1 - Pelaburan menggunakan buku akaun GSPA. - pada bulan 12/2009 saya membeli emas melalui akaun GSPA (maybank) sebanyak 10 gram berharga RM1310.00. Pada bulan 8/2011 saya menjual semua(tutup akaun) 10 gram emas dengan harga 1627.00. Jadi keuntungan saya ialah RM 317.00 bersamaan dengan 24.19 %.




2 - Pelaburan emas fizikal Public Gold - selepas menjual kesemua 10 gram di GSPA saya menambah modal saya sendiri + RM1627.00 untuk membeli emas fizikal 2 ketul emas yang seberat 20 gram pada 7/8/2011 dengan harga RM7080 (RM3540 untuk 20 gram). selepas 4 hari membeli harga emas meningkat dengan mendadak sehingga mencecah RM3830 untuk 20 gram. Dalam tempoh itu juga saya sudah memperolehi keuntungan sebanyak RM 290 seketul. RM290 x2 ketul = RM 480 dalam tempoh 4 hari :).

jadi perlu ke saya kirakan untuk setahun, 5 tahun atau 10 tahun?

No comments:

Post a Comment