Sunday 14 August 2011

Teknik 1 Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset

sumber : http://www.saudagaremas916.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=102&Itemid=224

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini. Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?

Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.

Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

SEBAGAI CONTOH
Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.
Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410
Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%
Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80
Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM36 024= RM23 415.60
Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM48 336= RM31 418.40
Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun


Dengan tenik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai aset di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment