Sunday 14 August 2011

Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA

sumber : http://www.saudagaremas916.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=228


Selain daripada menjana keuntungan melalui emas fizikal, akaun simpanan emas Public Bank GIA juga boleh membantu anda menjana keuntungan Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia (spot gold + exchange rate bank + untung bank). Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM4) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM4. hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram
Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu! Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008 (kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!
Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008… Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27
Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!
Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00 (RM10.28 x 300 gram = RM3084) Kalah dividen setahun ASB betul tak?


Tip ini jika dilakukan dengan betul akan menambahkan keuntungan anda.

SIFAT HARGA EMAS.

Untuk berjaya di dalam pelaburan emas , kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend sama ada harga menaik atau harganya menurun.

Mari kita lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik… kemudian turun…. lepas tu naik balik… lepas tu turun… kemudian harga naik balik…

BEBERAPA ISTILAH PENTING.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance.

Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.
Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENAIK.

Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.
Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.
Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98
Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram!
Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je) (Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)
Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke?
Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.
Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:
RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram
Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34. Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENURUN.

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.

Apa nak buat?
Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je. Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan. Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali. Penantian suatu penyeksaan, tapi apabila harga target dah sampai.. maka kita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

TEKNIK MEMBELI EMAS GIA KETIKA HARGA NAK NAIK.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga.
2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera

No comments:

Post a Comment