Sunday 14 August 2011

Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh. Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik. Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak. Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.
Pajak memang tak boleh. Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.
Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi. Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan. Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda. Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Kira keuntungan

TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie. No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda

No comments:

Post a Comment