Friday 21 October 2011

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan Melalui Barang Kemas i-Series

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Baiklah, di dalam artikel saya yang lalu, saya telah berkongsi tips dengan anda mengenai cara memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. Anda boleh baca artikel ini disini:

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.

Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold


Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)

Di dalam artikel yang lepas, saya telah memberikan 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

Diantara tips-tips tersebut adalah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.

Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.

Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.

Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.

Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).


Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.

Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.

Memang best :)

p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price di http://www.publicgold.com.my/liveprice.html


Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.

Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).

Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.

p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.

Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)

Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)

Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.

Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.


Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.


Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.

Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.

Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).


i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)

Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.

Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.

Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.

Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.

Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!

Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.

Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.

Memang menguntungkan.


Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.

Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.

Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.


Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.

Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.

Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk di dalam i-Series.

Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk i-Series terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.

Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)


Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)

Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.


Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter)

Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.


Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:

1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon ke office Public Gold (paling mudah)

3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.

p/s: Sekarang ada promosi. Bagi mereka yang menempah produk i-Series mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2011, anda tidak perlu membayar RM20 bayaran kos pengangkutan.
(sila inform staff Public Gold yang berkenaan yang anda melihat tawaran ini di laman web Jutawanemas.com)

Bagi mereka yang menempah dan mengambil produk di Penang, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.


Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Ini adalah alamat dan telefon untuk cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Main Office: Penang
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Telefon: 04-644 9999

Cawangan Penang
Bishop : No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang,
Telefon: 04-261 9999

Cawangan Sunway:
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-5634 8999

Cawangan Melaka :
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
Telefon: 06-317 5499

Cawangan Johor Bahru :
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-235 8999

Cawangan Sungai Petani, Kedah:
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Telefon: 04-423 2999

Cawangan Ipoh:
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Telefon: 05-242 8999

Cawangan Kuantan, Pahang :
A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-567 8916

Cawangan Kelantan:
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: 09-746 2999

Cawangan Kuala Terengganu :
16A, 1st & 2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Telefon: 09-626 3999

Cawangan Kuching, Sarawak:
3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-252 916

Kesimpulan.

1. Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas tetetap menguntungkan anda. Namun anda perlu memilih barang kemas terbaik. Dengan adanya barang kemas i-series, pelabur emas kini boleh memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

2. Anda boleh menggunakan spesifikasi i-Series sebagai perbandingan dengan barang kemas di kedai emas. Anda akan mendapati barang kemas i-Series adalah jauh lebih menguntungkan pembelinya.

3. Dengan cawangan Public Gold di seluruh negara, kini anda boleh mendapatkan barang kemas i-Series dengan mudah.

p/s:

1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

2. Berminat mempelajari ilmu pelaburan emas dan teknik2 menjana keuntungan dengan emas di Malaysia dengan pantas.hubungi saya


sumber : http://jutawanemas.com/

Sunday 16 October 2011

Mari melabur

Pelaburan pertama saya adalah pelaburan ASB. Buat pinjaman Maybank dan masukkan ke dalam akaun ASB. Pelaburan emas mengikut perkiraan lebih menguntungkan daripada ASB. Namun, jangan melanggar hukum pelaburan iaitu “Don’t put all your eggs in one basket”. Jadikanlah pelaburan ASB sebagai pelaburan pertama kerana paling rendah risiko dan tidak memeningkan kepala.
Selepas mempunyai pelaburan pertama, barulah mencari pelaburan lain pula. Mungkin terdapat pelaburan lain seperti pelaburan unit trust, pelaburan hartanah, pelaburan bursa saham dan sebagainya. Mana-mana pelaburan boleh menguntungkan asalkan adanya ilmu pengetahuan.
Oleh itu, saya melihat pada pelaburan emas dan mempelajarinya. Pelaburan emas menguntungkan kerana harga emas akan sentiasa meningkat. Purata kenaikan sekitar 27% setahun. Dahulu, saya percaya harga emas ada turun dan naik. Ianya betul, tetapi penurunan harga emas adalah rendah. Jadi, secara purata harga emas memang akan sentiasa naik.
Saya melihat pelaburan emas agak mudah juga kerana tidak perlu mengikuti kenaikan dan penurunan harga semasa emas. (Ini bukan forex, saya pernah mencuba dengan forex sebelum ini). Saya lihat, tidak perlu membeli emas ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal. Sekiranya menunggu harga emas turun, walaupun harga turun masih menunggu harga turun lagi, sebaliknya harga emas akan naik kembali. Jawabnya, emas tidak akan dibeli sampai bila-bila. Jadi, masanya membeli emas adalah ketika adanya duit, tidak kira berapa pun harga semasanya.
Sekarang, saya bercita-cita hendak membeli emas

9 Kesilapan Pelabur Emas!

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum bertindak, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum bertindak, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.


sumber : http://publicgoldutara.com

10 Kesilapan Pelabur Emas

So, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.

Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama.

Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark sendiri. Dan untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar pun pun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas.

Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya sering dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik.

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas.

Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan #6: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.

Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #7: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.

Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #8: Membeli emas fizikal di bank.

Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak!

Kesilapan #9: Menjual emas ditempat yang salah.

Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa

Friday 14 October 2011

BELI EMAS DENGAN BANTUAN PINJAMAN AR-RAHNU BAGI YANG KURANG MAMPU

Salam Sejahtera rakan-rakan semua.
Untuk membeli emas saat ini mungkin agak membebankan kerana harganya sudah naik tinggi. Tapi jika kita makin tunggu harga jatuh. Saya khuatir ringgit di poket kita pulak takde masa tu. Jadi saya sudi berkongsi pengalaman saya dalam urusan beli emas ni. Apa yang saya lakukan adalah :-

Katakan saya ingin membeli 1 Dinar yang berharga RM 768.00.
1. Saya sediakan duit RM 768.00
2. Bila dah dapat emas, saya gadaikan dekat ar-rahnu. Jadi kita akan dapat pinjaman sebanyak 65% dengan gadaian 1 dinar tersebut sebanyak RM 499.20.

1 Dinar = RM 768
Pinjaman 65% =RM499.20

3. Ini bermakna anda cuma perlu sediakan modal cuma RM768.00-RM499.00 =RM269.00 Sahaja.
4. Bagaimanapun Pinjaman 65% tu anda boleh bayar ansuran secara bulanan selama 6 hingga 9 bulan dengan bayar upah simpan yang mininum saja ke ar-rahnu tu.
5. Andaikata, anda bayar bulanan selama 6 bulan,
6. Selepas 6 bulan tu, anda sudah boleh tebus 1 Dinar tu. Katakan dalam 6 bulan tuh harga 1 Dinar sudah meningkat menjadi RM850.00. Tak ke untung tu..harga emas kan naik sokmo. Jika anda boleh boleh amalkan cara begini untuk setiap bulan, saya yakin anda boleh atasi masalah untuk membeli emas yang semakin mahal ni.

DEALER PUBLIC GOLD UNTUNG DALAM SEMUA KEADAAN


Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada peminat emas.
Kali ini saya ingin bercerita tentang Keuntungan jangka Pendek yang boleh kita kecapi hasil dari Produk Emas keluaran Public Fine Gold Sdn. Bhd. Mesti anda tertanya tanya kenapa emas PG saja, sedangkan emas lain pun sama la, ada valuenya..jawapan nya cukup mudah, Emas memang sama, namun hebatnya PG adalah kerana ia mempunyai sistem online yang boleh kita lock harga sendiri tanpa melalui orang tengah. Kita boleh berurusan secara langsung dengan Syarikat Public Fine Gold. Mesti anda tertanya-tanya pula apa manfaatnya sistem lock harga inikan.Ini pun cukup mudah jawapannya. Melalui kaedah ini, anda akan berada dalam tiga situasi berikut yang mana ketiga-tiganya menguntungkan anda.

Situasi 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan =Anda Untung
Situasi 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung
Situasi 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh=Anda Masih Untung


Senario Situasi 1 : Beli dan Jual Emas Ikut Harga Semasa Kepada Pelanggan.
Sebagai contoh, En. Ali ingin membeli emas 20gram daripada saya, katakan harga semasa tersebut adalah RM3000.00. Jadi apa yang saya dapat adalah komisyen 1.5% daripada RM3000.00 tu, dengan syarat terus lock harga melalui sistem online atau buat panggilan terus ke public gold.

1.5/100 x RM3000.00 = RM45.00.
Komisyen ini akan dibank in oleh Public Fine Gold pada 15 haribulan berikutnya.Sekiranya emas 20gram tersebut sudah ada ditangan kita, jadi kita serahkan emas tersebut kepada pelanggan, dan terima duit dari pelanggan sebanyak RM3000.00. Duit tersebut kita gunakan untuk buat bayaran emas yang baru kita lock iaitu sebanyak RM3000.00 tadi. bayaran ini boleh dibuat secara cash di pejabat PG atau kalau nak selamat sila bank in kan ke akaun Public Fine Gold. Kita hanya perlu ke pejabatnya untuk mengambil emas dengan hanya membawa slip bayaran asal sahaja. Tak perlu lagi susah payah bawa duit. Dengan kata lain, keuntungan adalah melalui komisyen semata-mata.Untungkan.


Senario Situasi 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung
Situasi ini adalah normal dalam apa jua jenis perniagaan. Tetapi kelebihannya dengan Emas Public Gold, anda dua kali untung.
Untung 1 : Keuntungan kenaikan harga. (Untung Runcit)
Untung 2: Dapat komisyen 1.5% dari harga semasa.
Contoh kes. katakan Ali (normal dealer) membeli emas 20gram dengan harga semasa dengan harga RM3000.00. Jadi Ali sudah layak menikmati komisyen 1.5% komisyen iaitu sebanyak RM45.00 pada 15 haribulan berikutnya. Selepas beberapa ketika, ada pelanggan ingin membeli emas tersebut dari Ali. katakan harganya semasa waktu itu adalah RM3050.00. Ini bermakna Ali sudah menikmati keuntungan runcit sebanyak RM50.00. Bagaimanapun Ali berfikir panjang, kerana ia ingin meneruskan trading emas ini, jadi Ali membuat keputusan untuk ganti balik emas yang dijual tersebut. Apabila jual beli emas selesai, Ali pun beli pula emas 20gram tersebut dengan Public Gold yang berharga Rm3050.00. Dari sini Ali menerima lagi komisyen 1.5% komisyen lagi dari RM 3050.00 iaitu sebanyak RM45.75. Maka kalau dikira, Ali sudah terima komisyen sebanyak RM45.00 +RM45.75 =RM90.75 dan emas 20gram masih ada lagi ditangan. Untung kan.

Senario Situasi 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi & Jual waktu harga jatuh=Anda Masih Untung
Kes ketiga ini sukar berlaku untung jika produk lain , kecuali dengan emas keluaran Public Gold. Contoh mudah. Ali beli emas 20gram dengan harga RM3000.00, Ali dapat komisyen 1.5% iaitu RM45.00. Setelah beberapa ketika , didapati emas dunia merosot dan kesannya turut dirasai oleh pasaran emas public gold di malaysia ni. Andai kata masa tersebut emas susut sehingga 20gram menjadi RM2800.00. Apa minda kita yang cetak ni, memang rugi la kalu kita jual, sebab terang-terang akan rugi sebanyak RM200.00 -RM45.00=RM155.00 kan. Dah tu, macam mana saya kata untung lagi? Mudah ajer caranya, walaupun harga emas susut mendadak jangan risau, yang penting bila ada saja pelanggan ingin beli, kita WAJIB JUAL dan WAJIB lock harga tersebut dengan Public Gold. andaikata kes ini 20gram bernilai RM2800.00. Kita terus lock harga ini, dan apabila transaksi jual beli emas selesai dengan pelanggan, duit yang kita perolehi dari pelanggan tu, kita bayar emas semula kepada PG. dan kita layak dapat 1.5% kimisyen sebanyak RM42.00 dan emas 20gram kita dapat kembali. kan Untung jugak tu.


Bagaimanapun, keuntungan dan kerugian adalah bersifat subjektif dan amat berbeza tafsiran pada setiap individu, TETAPI dengan emas public gold, memberi kuasa kepada kita sebagai pengguna akhir menentukan tahap keuntungan yang sepatutnya kita capai disamping dapat meminimumkan inflasi kewangan masing-masing

Jadi, kepada mereka yang diluar sana yang masih ragu-ragu, sila call 0133582788 untuk membolehkan saya memberi keterangan lebih lanjut. Mudah-Mudahan informasi ini memberi keyakinan kepada anda agar dapat anda uruskan aset sebenar(Emas) secara lebih profesional dan berkesan.Kepada rakan-rakan yang ingin membeli emas dengan Adie,

sumber : http://www.usahawanemas.net/

Saturday 1 October 2011

Overlap, Offset Ar-Rahnu

sumber http://laburdiemas.blogspot.com/2011/04/overlap-offset-ar-rahnu.html

Assalamualaikum,

Nk ceciter skit pasal overlap atau offset surat pajak Ar-Rahnu. Sebenarnya kedua2 perkataan tu mempunyai maksud yg sama. Selalunya org buat overlap ni lepas 6 bulan dari tarikh dipajak atau lepas 11 bulan apabila tempoh perlanjutan (6+3+2 bulan) telah tamat. Oleh kerana takut emas mereka dilelong oleh pihak bank, maka mereka overlap surat pajak mereka. Mereka bukan sahaja dapat mengelakkan emas mereka dari dilelong, tetapi mereka masih boleh menerima duit lebihan overlap dari kenaikan harga emas.


*pix nadias-freedom.blogspot *


Contohnya :

Pada bulan Disember 2010, saya telah memajak emas 20g di Ar-Rahnu Agrobank. Kadar emas pada bulan Disember 2010 ialah RM157/g dan saya telah ambil pinjaman sebanyak 60%. 

Bulan Disember 2010

Nilai Marhun : 20g x RM157/g = RM 3140
Jumlah pinjaman : 60% x RM 3140 = RM 1884
Upah simpan : (0.6/100 x RM 3140) = RM 18.84 sebulan
Jumlah upah simpan utk 6 bulan : RM 18.84 x 6 = RM 113.04

Bulan Jun 2011

Kadar emas : RM170/g

Nilai Marhun : 20g x RM170/g = RM 3400
Jumlah pinjaman : 60% x RM 3400 = RM 2040
Upah simpan : (0.6/100 x RM 3400) = RM 20.40 sebulan


Duit lebihan overlap = (Jumlah pinjaman baru) - (Jumlah pinjaman lama + Jumlah upah simpan)


Dari persamaan diatas :

Duit lebihan overlap : RM 2040 - (RM 1884 + RM 113.04) = RM 42.96

Akhirnya, anda bukan shj dpt duit lebihan dari overlap itu, tetapi anda juga dpt mengelakkan emas anda dari dilelong dan sekaligus membayar upah simpan selama 6 bulan. Menarik bukan? 

itu sekiranya nilai emas anda 20gram. kalau 1000g?