Saturday 1 October 2011

Overlap, Offset Ar-Rahnu

sumber http://laburdiemas.blogspot.com/2011/04/overlap-offset-ar-rahnu.html

Assalamualaikum,

Nk ceciter skit pasal overlap atau offset surat pajak Ar-Rahnu. Sebenarnya kedua2 perkataan tu mempunyai maksud yg sama. Selalunya org buat overlap ni lepas 6 bulan dari tarikh dipajak atau lepas 11 bulan apabila tempoh perlanjutan (6+3+2 bulan) telah tamat. Oleh kerana takut emas mereka dilelong oleh pihak bank, maka mereka overlap surat pajak mereka. Mereka bukan sahaja dapat mengelakkan emas mereka dari dilelong, tetapi mereka masih boleh menerima duit lebihan overlap dari kenaikan harga emas.


*pix nadias-freedom.blogspot *


Contohnya :

Pada bulan Disember 2010, saya telah memajak emas 20g di Ar-Rahnu Agrobank. Kadar emas pada bulan Disember 2010 ialah RM157/g dan saya telah ambil pinjaman sebanyak 60%. 

Bulan Disember 2010

Nilai Marhun : 20g x RM157/g = RM 3140
Jumlah pinjaman : 60% x RM 3140 = RM 1884
Upah simpan : (0.6/100 x RM 3140) = RM 18.84 sebulan
Jumlah upah simpan utk 6 bulan : RM 18.84 x 6 = RM 113.04

Bulan Jun 2011

Kadar emas : RM170/g

Nilai Marhun : 20g x RM170/g = RM 3400
Jumlah pinjaman : 60% x RM 3400 = RM 2040
Upah simpan : (0.6/100 x RM 3400) = RM 20.40 sebulan


Duit lebihan overlap = (Jumlah pinjaman baru) - (Jumlah pinjaman lama + Jumlah upah simpan)


Dari persamaan diatas :

Duit lebihan overlap : RM 2040 - (RM 1884 + RM 113.04) = RM 42.96

Akhirnya, anda bukan shj dpt duit lebihan dari overlap itu, tetapi anda juga dpt mengelakkan emas anda dari dilelong dan sekaligus membayar upah simpan selama 6 bulan. Menarik bukan? 

itu sekiranya nilai emas anda 20gram. kalau 1000g?

No comments:

Post a Comment