Monday, 21 November 2011

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu adalah merugikan kalau tak tahu menggandakan keuntungan dengan duit pajak tu.

Keduanya, simpan emas ni senang jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Itu semua mindset jer. Kalau dah lama nanti, kita rasa selamber jer… (“,)

Sebagai panduan asas, ini 5 tips penting untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:

Tip 1: Jangan bagi tahu sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)

Untuk makluman sahabat, saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada...

Tip 2: Simpan di rumah, syaratnya...

Syiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.

Tip 3: Simpan di pejabat, tapi...

Ramai orang tak perasan, pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;
  1. Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
  2. Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.

Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.

Tip 4: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah

Ini kosnya agak tinggi dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.

Safe deposit box kat rumah ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.

Tip 5: Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta

Bagi saya, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai RM100,000.

Tempat saya simpan emas.
Saya simpan kesemua emas saya di sana. Kalau emas anda lebih RM10,000, mungkin boleh pertimbangkan simpan di Safe Deposit Box. Kalau bawah RM10,000, saya rasa simpan kat rumah pun ok sebab simpan kereta kat rumah tu lagi berisiko tinggi berbanding simpan emas…

Di Bank atau Syarikat Swasta?

Untuk orang kebanyakkan, saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) jer.

Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.

Wallahu a’lam.



Senarai link Safe Deposit Box, bank dan syarikat swasta:

No comments:

Post a Comment