Monday 14 November 2011

Pemilihan emas yang tepat

Assalamualaikum rakan-rakan semua. saya doakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. Kali ini saya ingin mengulas penyataan tentang harga emas yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terutamanya emas pelaburan. Rata-rata diantara kita seperti tidak cukup tangan dan masa membuat carian melalui pakcik google untuk mencari syarikat pengeluar emas kerana emas jatuh mendadak terutamanya pada hari Isnin 26-9-2011. Mungkin menjadi sejarah yang akan diingati oleh semua penggemar emas kerana kejatuhan harga emas ni, tidak terkecuali saya sendiri. Apa tak nya, tiba saje di Branch Public Gold Kuala Terengganu, ramai juga orang datang menunggu giliran untuk ambil stok. Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan emas public gold telah disapu bersih oleh tokey-tokey emas di awal pagi lagi...jadi datang kunci harga sahaja dulu. Bercerita tentang harga emas, mana yang lebih murah antara produk syarikat A, atau syarikat B? Apa hemat saya, jujur saya katakan harga emas tetap mahal dan perbezaan antara syarikat A dan B perlu diteliti dalam banyak aspek. Lantaran itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan semua, jangan lah mencari emas yang harganya murah, tetapi berebutlah memiliki emas yang harganya KOMPETITIF. Disini saya cuba untuk perincikan dengan lebih lanjut apa yang anda patut faham apa itu KOMPETITIF. KOMPETITIF dalam dunia emas bolehlah dirujuk seperti berikut :-
  1. Tidak mahal dan tidak murah. Harga emas dianggap berpatutan sekiranya ditawarkan dengan bersandarkan secara terus dengan harga emas semasa dunia. Anda boleh rujuk harga di kitco dan bandingkan dengan harga persatuan emas di Malaysia. Dari situ anda boleh membuat perbandingannya.
  2. Ambil kira kos penghantaran dan Upah. Walaupun dianggap murah, tetapi anda jangan lupa kos tambahan yang biasa wujud dalam jual beli emas antaranya adalah upah tukang dan transpotation. Kena ambil kira dan jika dicampurkan dengan harga emas akan menyebabkan harga pergram emas masih tinggi. Jadi pilih yang tiada kos upah dan transportation.
  3. Murah membeli dan murah menjualnya semula. Anda gembira kerana dapat membeli emas dengan harga murah, tetapi anda lupa suatu ketika nanti anda akan menjual emas tersebut untuk mendapatkan keuntungan. Lantaran itu, apa perasaan anda sekiranya emas anda hanya dapat dijual dengan harga yang jauh lebih rendah. Oleh itu, pastikan anda tahu spread (susut nilai) harga emas sebelum membelinya. Mudah sahaja, kalau beli di kedai emas, terus tanya 'kalau saya nak jual emas,berapa harga segram?, dan kalau saya nak beli emas, berapa harga segram? Beza harga tersebut adalah dirujuk sebagai spread. Jadi pilih emas pelaburan yang kecil nilai spreadnya.
  4. Kemudahan Untuk Membeli dan Menjualnya. Pastikan emas yang anda beli mudah untuk dijual dan untuk membelinya semula. Ia menjadi faktor kejayaan kritikal bagi sesuatu syarikat membuka premis perniagaan dilokasi yang strategik seperti berhampiran :-
    • Institusi Kewangan seperti Bank-Memudahkan transaksi jual beli
    • Balai polis -Isu keselamatan.
    • Ar-Rahnu @ Pajak Gadai - Kemudahan tempat simpan selamat dan berinsuran.
    • Tumpuan perniagaan - lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat.
Kesimpulannya, setelah meneliti perkara-perkara diatas. Baru lah anda kaitkan dengan diri anda produk mana yang patut anda miliki kerana murah atau mahal ia adalah sesuatu ukuran yang bersifat subjektif dan ia berbeza pada setiap individu.

No comments:

Post a Comment