Sunday 25 December 2011

Pelabur Emas Untung 20%, Dealer Untung 40%!

Just nak share 1 tip penting dengan sahabat, iaitudaripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas.

Nasihat saya, kalau ada duit RM20,000, jadilah dealer Public Gold. Saya untung banyak juga dengan Public Gold ni walaupun sambil-sambil. Semalam saya dapat satu urusniaga yang untungnya RM950! Alhamdulillah… syukur pada Allah yang menghantar customer pada saya. Entah macam mana, tetiba ada seorang yang saya tak kenal call nak beli emas lepas baca Quick Review Tentang Emas dari blog ni.

Cara Dealer Emas Gandakan Keuntungan

Untung kenaikan nilai emas sahaja setakat ni, lebih kurang 13% dalam masa 9 bulan! Di bawah ni, saya senaraikan 4 keuntungan jadi Dealer Public Gold:
  1. Untung kenaikan harga emas. Paling teruk pun 15% setahun.
  2. Untung komisyen jual beli emas 1% - 2%. Nak untung lebih 5% atas setiap jual beli? Lepas jadi dealer nanti baru saya cerita. Ni rahsia dealer emas.
  3. Untung bila orang jual balik emas pada kita 5% - 6.5%!
  4. Untung ‘manipulate’ turun naik harga emas? Huh, setakat ni saya berjaya buat sehingga 9.5%! Ingat, skill ‘manipulate’ ni hanya halal dibuat oleh dealer emas yang sah sahaja. Kalau dibuat oleh orang awam, ia boleh jadi haram sebab mempermainkan ‘duit’ menjadi komoditi, sebagaimana main FOREX. Bagi orang awam, ianya halal dari sudut transaksi, tapi boleh jatuh haram dari sudut maqasid syariah.
Modal Dealer Emas Tak Beku

Saya bermula dengan modal RM20,400 jer dulu. Berapa nilai dana gold investment saya sekarang ni? Setakat 9 bulan ni, saya untung lebih kurang 25%! Untung sandarkan duit kepada emas dan tolong fahamkan kawan-kawan kebaikan menyimpan emas. Bukan senang nak cari investment yang boleh bagi untung sampai 25% setahun, betul tak?

Lagi menarik, duit RM20,400 saya tu TAK BEKU macam simpan duit di Tabung Haji atau pelaburan lain. Duit tu saya boleh pakai buat rolling bisnes tanpa perlu menjual emas-emas saya. Caranya ialah pajak emas bila nak pakai duit. Lepas dapat untung, tebus balik. Itulah cara makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah rolling bisnes dia. Gelang yang penuh sampai lengan tu bukan untuk perhiasan semata-mata, tapi ia juga dana bisnes mereka!

Tip Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Berita terbaru, Public Gold telah keluarkan Barang Kemas 916 yang bernilai tinggi. Maksudnya, bila nak pakai duit, kita boleh jual balik atau pajak barang kemas tu dengan nilai yang tinggi. Ingat, tak semua barang kemas yang bernilai tinggi. Ada barang kemas yang kalau sahabat beli hari ni, esok terus susut nilai hingga 25% - 40%!

Boleh rujuk artikel saya bertajuk “Tip Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi” untuk fahami cara membeli barang kemas bernilai tinggi. Sambil jadikan perhiasan untuk isteri, ia juga adalah pelaburan. 2 dalam 1, insyaAllah.

Setakat ni dulu, wallahu a’lam.

hubungi saya pada yang berminat menjadi dealer
0133582788

Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Harga emas jatuh agak banyak dalam masa seminggu ni. Bulan November, harga tertinggi 1 Dinar Public Gold (PG) ialah RM820. Tapi pagi tadi, harga terendah RM715! Penurunan sebanyak 13%! Wow, banyak tu… Bagi orang baru, pastinya mereka rasa panik. Takut harga dah tak naik-naik dah. Tapi bagi orang yang ada ilmu pasal emas, oh! waktu gandakan keuntungan datang lagi! Mereka ‘bersorak’ dan memborong ramai-ramai!

Kejatuhan Bersifat Sementara

Kenapa kita perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini cuma sekejap jer. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat fast profit! Saya yakin, 3 bulan akan datang, mesti mereka yang tak beli masa ni akan rasa menyesal…

Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ni, pada asasnya, harga emas tak sepatutnya jatuh pada masa sekarang. Mana-mana pakar analisis harga emas pun mesti setuju dengan statement ni. Belum ada faktor yang menyokong harga emas untuk jatuh secara kekal. Yang paling banyak dan besar ialah faktor yang menyokong harga emas naik jauh lebih tinggi daripada sekarang iaitu krisis hutang negara-negara Eropah, krisis hutang US, penyusutan nilai dolar yang teruk dimana kuasa beli US Dollar telah susut 90% sejak 1971! Saya ulang sekali lagi, US Dollar telah susut sebanyak 90%!

Harga Emas Tak Sepatutnya Turun

Berdasarkan sejarah matawang, penyusutan teruk US Dollar dan krisis hutang negara-negara besar ialah petanda besar sistem wang fiat (kertas) akan (bahkan PASTI) runtuh!Bila duit kertas runtuh, yang hanya akan bernilai cuma emas, perak, tanah pertanian dan barang makanan. Semua saham, unit amanah, komoditi, hartanah akan jatuh tergolek!

Em, apa kaitan US Dollar dengan kita? US Dollar adalah matawang yang digunakan untuk dagangan antarabangsa. Bila US Dollar runtuh, seluruh sistem matawang pun turut sama runtuh!

Bonus Untuk Pelabur Emas

Apa faktor harga emas jatuh mendadak minggu ni? Antara faktor utama ialah pelabur beralih dari matawang Euro yang tengah nazak disebabkan krisis hutang (yang menemui jalan buntu) ke US Dollar buat sementara waktu! European Union (EU) Summit yang berakhir Sabtu lepas i.e. 10 Disember 2011 gagal mencapai kata sepakat untuk selesaikan masalah hutang. Bila orang beralih dari Euro kepada US Dollar, nilai dollar akan melambung dan harga emas akan turun berkadar terus dengan kenaikan US Dollar.

So, ini adalah BONUS bagi pelabur emas dan perak untuk selamatkan dan gandakan kekayaan mereka! Bagi mereka yang borong masa ni, mereka boleh buat untung cepat senang-senang jer… InsyaAllah.

Wallahu ‘alam.