Tuesday 24 January 2012

4 sebab mengapa perlu melabur silver

Apa khabar kepada para pelabur2 Emas dan Perak semua? saya doakan agar anda sentiasa berbahagia, kaya dan berjaya. Dalam keghairahan membeli Emas sebagai medium simpanan dan pelaburan, jangan sampai terlupa membeli Silver ya!

Ini kerana kenaikan pelaburan Silver adalah 2 kali ganda berbanding kenaikan pelaburan Emas, dan ketika ini Silver sedang berada di dalam posisi pendakian semula selepas mengalami penurunan yang agak besar.


4 Sebab mengapa anda perlu membeli Silver :

1. Corak dan pola pergerakan harga Silver pada ketika ini, menyamai dengan pola pergerakannya pada tahun 2008, dimana jika dibuat perbandingan teknikal, ketika ini Silver sedang mengorak pola pendakian awal.

2. Pengurangan kadar pengangguran di Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekaligus bakal merancakkan industri pembuatan dan teknologi.
Memandangkan Silver adalah komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang.

3. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekaligus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan Silver.

4. Jika harga Emas dijangka meningkat sehingga ke paras $2,500/oz, iaitu kenaikan sekitar 45% berbanding harga semasa ketika ini ($1700/oz), Silver pula bakal meningkat sehingga $60/oz, ianya adalah kenaikan sebanyak 100% berbanding harga semasa ketika ini ($30/oz).


Yayan tengah kira stok Silver
Kesimpulannya, tahun 2012 adalah tahun paling baik untuk anda memulakan / menambah pelaburan Silver, ini tahun untuk Silver!!!

Kepada yang baru nak mula membeli, anda boleh dapatkan cara2 membuat belian di sini.

Jika anda mahu belajar ilmu pelaburan Emas dan Perak dengan lebih mendalam lagi, anda boleh hadir ke seminar percuma saya di seluruh Malaysia pada bulan Februari ini. Klik sini untuk melihat jadual seminar.

Jika anda mahukan lebih banyak keuntungan, pelajarilah lebih banyak ilmu pelaburan. Anda nak tahu rahsia bagaimana supaya anda boleh menikmati keuntungan dengan lebih cepat, banyak serta rendah risikonya? Saya mengalu2kan anda untuk hadir ke Bengkel Strategi 5B.

Dapatkan informasi lanjut mengenai Strategi 5B di sini.

Alhamdulillah, setelah berbelanja sehingga puluhan ribu ringgit untuk pelaburan ilmu, kini saya adalah seorang pelabur sepenuh masa yang berjaya, dan menyara kehidupan dengan hasil pendapatan dari pelaburan sepenuhnya.

Saya akan berkongsi semua ilmu pelaburan yang saya ada dengan anda semua di seminar dan bengkel2 di seluruh Malaysia. Jumpa anda disana!

sumber ; http://www.pelaburjutawan.com/

No comments:

Post a Comment