Sunday 25 September 2011

Tun Dr. M Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

Sumber :

Keuntungan Melalui Ar Rahnu

sumber : http://www.emaszaman.com/gold-info/keuntungan-melalui-ar-rahnu.html


Salam keemasan diucapkan kepada para pelawat dan pembaca blog EmasZaman yang budiman. Kali kini Emaszaman akan menyingkap satu lagi rahsia mengenai kegunaan emas. Terdapat beberapa cara untuk menjana keuntungan melalui emas. Salah satu cara yang popular di kalangan pemilik emas adalah melalui teknik Pajak.
Bagaimana? ;)
Ok.. EmasZaman akan menunjukkan bagaimana cara untuk mendapatkan hasil dari teknik pajak. Ianya bermula dengan pembelian emas.  Setelah memiliki emas, selain dari menyimpan dan menunggu harga emas naik, anda boleh melakukan teknik pajak untuk mendapatkan hasil dari emas dengan lebih cepat.
Setelah memiliki emas, anda boleh memajak emas anda di pusat-pusat gadaian Islam yang terdapat di seluruh Malaysia.
EmasZaman mengsyorkan supaya membuat pajakan di Ar Rahnu AgroBank kerana ianya menawarkan kadar yang kompetitif. EmasZaman sendiri ada membuat pajakan emas di Ar Rahnu AgroBank. Kadar Harga pajakan AgroBank pada hari ini adalah seperti berikut:
Kadar Ar Rahnu Agro Bank (15/10/2010):
Emas 999 – RM159.10 per gram
Emas 950 – RM151.20 per gram
Emas 916 – RM145.90 per gram
Contoh:
Anda mempunyai emas 999 seberat 50 gram. Jika dirujuk kepada harga semasa emas Public Gold, Harga bagi jongkong emas 999 seberat 50gram adalah RM7447. Akan tetapi, kadar pajakan adalah ditentukan oleh Bank dan tidak berkaitan dengan harga Public Gold. Jadi, pengiraan kadar pajakan adalah seperti berikut:
1 gram = RM159.10
50 gram = 50 x RM159.10 = RM7955 <– Marhun
Upah Simpan = 0.6% sebulan (dari nilai marhun)
= 0.6% x RM7955 = RM47.73 Sebulan
Tempoh pajak Ar Rahnu AgroBank adalah 18 bulan maksimum, iaitu 6+6+6 bulan. Jadi, upah simpan untuk 6 bulan pertama adalah RM47.73 x 6 = RM286.38
Ini bermakna, nilai Marhun emas 50 gram anda adalah RM7955. Ar Rahnu AgroBank akan memberikan wang tunai pajakan sebanyak lebih kurang 70% dari nilai marhun emas anda. Jadi,
70% X RM7955 = 5568.50 —– > anda akan menerima sebanyak lebih kurang RM5550 iaitu 69.77% dari nilai marhun (Bergantung kepada pegawai bank pada masa pajakan)
*Mengikut pengalaman EmasZaman, jumlah wang tunai yang diterima dari 20 gram emas yang di pajak di Ar Rahnu AgroBank adalah RM2220 (10 gram = RM1110). Jadi, jika berat emas adalah 50gram, jumlah wang tunai yang diterima adalah:
50 gram x RM1110 = RM5550.
Contoh Jumlah wang tunai dari pajakan
(klik gambar untuk paparan penuh)
Oleh itu,
Jika ingin memajak untuk tempoh 6 bulan:
Upah Simpan Untuk 6 bulan = RM47.73 x 6 = RM286.38
Jumlah Pinjaman = RM5550 + RM286.38 = RM5836.38
Bayaran Ansuran untuk 6 bulan = RM5836.38 / 6 = RM972.73 sebulan.
Jika ingin memajak untuk tempoh setahun (12 bulan):
Upah Simpan untuk 12 bulan = RM47.73 x 12 = RM572.76
Jumlah Pinjaman = RM5550 + RM572.76 = RM6122.76
Bayaran Ansuran untuk 12 bulan = RM6122.76 / 12 = RM510.23 sebulan.
*Harus diingat, untuk melanjutkan tempoh pajakan selama 12 bulan, anda perlu menjelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang pertama sebelum memohon untuk dilanjutkan tempoh ke 6 bulan yang ke-dua. Upah simpan untuk 6 bulan pertama sebanyak RM286.38 perlu diselesaikan dahulu. Dengan ini, anda telah membayar pinjaman sebanyak RM286.38 dan menjadikan baki pinjaman sebanyak RM6122.76 (setahun) tolak RM286.38 (upah 6 bulan) = RM5836.38 > baki pinjaman untuk 6 bulan berikutnya.
Pihak bank tidak mewajibkan pemajak untuk membayar secara bulanan. Ianya bergantung kepada si pemajak untuk melunaskan pinjaman dengan cara mana sekalipun. Pemajak boleh membayar pada bila2 masa dalam tempoh pajakan dengan syarat, semua pinjaman dibayar dalam tempoh ditetapkan (maksimum 18 bulan). Bayaran boleh dibuat secara bulanan dan boleh juga dibuat sekaligus ketika ingin menebus emas yang dipajak. Untuk melanjutkan tempoh ke 6 bulan ke-dua (12 bulan), upah simpan untuk 6 bulan pertama mesti dibayar terlebih dahulu, manakala untuk melanjutkan ke 6 bulan ke-3 (18 bulan), upah simpan untuk 6 bulan ke-dua perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Surat Pajak Ar Rahnu Agrobank
Jika anda sudah jelas dengan cara-cara pajakan, sila teruskan membaca… ;)
…Apa perlu anda buat dengan RM5550 dari gadaian tadi? Apa lagi… Beli emas yang bersamaan dengan nilai RM5550.
Contoh, dengan RM5550, anda boleh membeli emas seperti berikut (harga semasa post ini ditulis):
1 x Jongkong 20 gram = RM2990 x 1 = RM2990
(Tambah kos pengangkutan RM10 untuk jongkong emas 999 20 gram)
4 x 1 Dinar = RM618 x 4 = RM2472
Jumlah = RM2990 + RM10 + RM2472 = RM5472
Duit anda RM5550 tolak RM5472 = RM78 (Seelok-eloknya, simpan baki ini ke dalam bank) ;)
Sekarang anda sudah memiliki emas seberat 20gram + (4 x 4.25 gram) = 37gram, yang bernilai RM5472. Apa nak buat dengan emas ni? Simpan dengan selamat… ;) Apa yang untung nya? Rujuk situasi-situasi berikut:
Situasi 1:
  • Anda telah membeli emas yang bernilai RM5472 dengan bayaran ansuran, iaitu bayaran untuk pajakan dengan dikenakan upah simpan yang sangat munasabah. (0.6% sebulan)
  • Dengan cara ini, anda telah berjimat dari segi masa. Anda telah memiliki 37 gram emas yang berharga RM5472 pada hari ini.
  • Cuba anda bayangkan berapakah harga jika anda membeli emas yang sama (37 gram) pada tahun hadapan? à Kenaikan harga emas adalah sekitar 20% hingga 37% setahun berdasarkan website KITCO.
  • Disini EmasZaman andaikan harga emas anda naik sekitar 25% dalam tempoh setahun. Maka, harga tahun hadapan adalah:
20gram = RM2990 x 1.25 = RM3738
4 keping 1 dinar = RM2472 x 1.25 = RM3090
Jumlah = RM3738 + RM3090 = RM6828 > harga tahun hadapan
  • Anda pinjam RM5550 dari Ar Rahnu dengan ditambah upah simpan selama setahun menjadikan jumlah pinjaman anda sebanyak RM6122.76. Maknanya, anda telah membeli emas 37 gram tadi dengan harga RM6112.76, bukannya RM6828 > Jimat RM715.24
  • Selepas setahun, anda telah berjaya menebus emas 50gram anda (secara ansuran/skaligus) dan memiliki emas tambahan seberat 37gram. Menjadikan jumlah berat emas anda 87gram.
  • Modal anda untuk membeli emas 50gram tadi adalah RM7447 dan modal untuk 37gram adalah RM6122.76. Menjadikan modal anda sebanyak RM13,569.76
  • Emas anda seberat 87 gram selepas setahun akan bernilai : RM13,569.76 x 1.25 = RM16,962.20 > naik RM3392.44 dalam masa setahun.

Situasi 2:
  • Setelah setahun, harga emas anda yang seberat 37 gram tadi meningkat kepada RM6828.
  • 37 gram tadi adalah 1 keping 20gram dan 4 keping 1 dinar (4.25gram).
  • 1 keping 20gram tahun lepas bernilai RM2990 dan 4 keping 1 dinar bernilai RM2472.
  • Emas naik 25% menjadikan harga emas 20gram tahun ini bernilai RM3738 dan 4 keping 1 dinar bernilai RM3090
  • Jika anda ingin menjual emas tersebut untuk mendapat untung, anda harus faham mengenai spread emas. Public Gold hanya mengenakan spread sebanyak 5% ke 6% sahaja ke atas produk2 emas keluarannya.
  • Oleh itu, untuk menjual 20 gram dan 4 keping 1 dinar selepas setahun dengan anggaran kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun adalah:
  • 20gram = RM3738
    4 x 1 dinar = RM3090
  • Spread 20gram dan 1 dinar yang ditetapkan oleh Public Gold adalah 6%. Jadi, Public Gold dan pengedar-pengedarnya akan membeli emas anda dengan harga WE BUY, iaitu tolak 6% sahaja dari harga emas semasa. Maka:
  • 20gram = RM3738 – 6% = RM3514
    4 x 1 dinar = RM3090 – 6% = RM2905
    Jumlah harga = RM3514 + RM2905 = RM6419 > jumlah wang tunai anda dapat hasil jualan balik kepada Public Gold.
  • Dengan RM6419 tadi, anda boleh gunakan untuk menebus emas 50gram yang anda pajak tadi iaitu RM6122.76 untuk setahun. Baki wang anda adalah RM296.24
  • RM296.24 adalah keuntungan sebanyak 4% dari modal RM7447 untuk membeli emas 50gram tahun lepas.
  • Anda telah berjaya menebus emas 50gram tadi.
  • Emas 50gram anda juga telah meningkat nilainya sebanyak 25% selepas setahun.
  • Anda dapat sedikit tunai hasil dari jualan balik emas (37gram) dan dicampur pula dengan baki tahun lepas yang disimpan dibank.
Bagaimana?… Untung bukan?… ;)
Jadi, dengan memiliki emas, anda boleh menjana pendapatan pasif melalui kaedah pajak dan mendapat menambah nilai aset anda melalui kenaikan harga emas tahunan. Selepas setahun, jika anda ingin meneruskan kaedah ini, nilai pajakan akan menjadi semakin besar kerana Ar Rahnu juga akan meletakkan kadar pajakan emas yang lebih tinggi setiap tahun.
Menarik bukan?… ;) ini baru pajak 50gram… kalau 100 gram? kalau 1000gram?… kaedah ni juga belum lagi merangkumi bagaimana untungnya jika anda adalah seorang pengedar emas Public Gold… kalau anda seorang pengedar, lebih banyak untung yang anda dapat melalui teknik pajak ditambah pula dengan komisyen jualan dan kenaikan harga emas… ;)
Selamat mencuba… ;)
*Olahan dan pengiraan pajakan adalah berdasarkan kadar Ar Rahnu Agrobank manakala pengiraan kenaikan harga emas adalah berdasarkan andaian EmasZaman melalui sejarah kenaikan harga emas sebelum ini. Emas mungkin juga naik 20% setahun dan mungkin juga naik melebihi 25% setahun yang mana ianya bergantung kepada pelbagai faktor seperti pertukaran matawang khususnya dolar amerika, keadaan ekonomi semasa, permintaan terhadap emas dan sebagainya.

Friday 9 September 2011

Pelaburan Emas : Emas yang dijual oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd.


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walafiat hendaknya…. 
Hari ini saya akan berkongsi pula mengenai pelaburan emas Public Gold dan emas yang dijual oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd. 
Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram, 500 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram. 

Gambar: Jongkong emas 20gram dan 50 gram Public Gold 

Gambar : Gold bar 100 gram Public Gold 

Gambar : Syiling Emas 50 gram Public Gold 

Gambar: Jongkong emas dan dinar emas keluaran Public Gold dan Public Dinar. 
Harga Emas PUBLIC GOLD. 
Apa yang menarik mengenai pelaburan emas Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. Pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my 

Gambar: Laman web Public Gold. 
Anda boleh membeli emas dan menjual semula emas Public Gold pada bila-bila masa mengikut harga yang terpampang di dalam laman web Public Gold. 
We sell = harga jualan oleh Public Gold.
We Buy = Harga belian balik daripada pelanggan 
 
Semoga hari ini anda dapat mempelajari jenis-jenis emas yang dijual oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd. dan bagaimana hendak mengetahui harga emas Public Gold. Semoga kita bertemu lagi pada perkongsian saya yang akan datang. Terima kasih. 
Ok, selamat menyimpan emas ! 
Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Thursday 8 September 2011

Contoh pengiraan teknik pajakan di Agrobank

sumber : http://syazgold.blogspot.com/2010/11/simpan-emas-di-arrahnu-agro-bank.html

Pengiraan teknik beli emas dan pajak di arrahnu AGROBANK.
rujukan:
MODAL RM300,000.00 dan harga emas semasa (999.9) 150/g
300000
Harga di Arrahnu 159.1/g
2000
Rate upah simpan marhun 0.6% sebulan atau 7.2% setahun
159.1
Maksimum tempoh simpan di arrahnu 6 bln,
150
kmdn blh tukar surat baru atau lanjutkan tempoh 3 bln dan 2 bln seterusnya.
1378.867
1023.763
1
RM300,000
beli emas
2000g
emas 2000g pajak di agro
2000g x 159.1 =
318200
nilai emas di agro RM318200 blh pinjam 65% kali pertama. =206830
upah simpan selama setahun : -
318200 x 0.6% x 12= 22910.4
jumlah setahun untuk tebus=
229740.4
2
RM206830 beli emas 1378.867g
emas 1378.867g pajak di agro
1378.867g x 159.1=
219377.7
nilai emas di agro RM219377.7 blh pinjam 70% kali kedua. =153564.4
upah simpan selama setahun
219377.7 x 0.6% x12= 15795.19
jumlah setahun untuk tebus=
169359.6
3
RM153564.4 beli emas 1023.763g
emas 1023.763 pajak di agro
1023.763g x 159.1=
162880.7
nilai emas di agro RM162880.7 blh pinjam 70% kali kedua.
114016.5
upah simpan selama setahun :-
162880.7 x 0.6% x 12= 11727.41
jumlah setahun untuk tebus=
125743.9
4
RM114016.5 beli emas yg terakhir untuk simpan sendiri. =760.1099 g
MENEBUS
Slps Setahun dgn anggaran kenaikan emas setelah diambil kira sprade sell & buy = 25%
Anggaran harga semasa berpandukan rekod 10thn lps = RM187.50/g
STEP:
1
Emas 760.1099g x RM187.50 =
142520.6
Tebus emas*3 = ==============
125743.9
Ada baki lagi = ===============
16776.71
2
Emas 1023.763g x RM187.50 =
191955.6
Tebus emas*2 = ==============
169359.6
Ada baki lagi = ===============
22595.99
3
Emas 1378.867g x RM187.50 =
258537.5
Tebus emas*1= ==============
229740.4
Ada baki lagi = ===============
28797.1
4
Emas 2000g x RM187.50 =
375000
baki tebus emas 1============
28797.1
baki tebus emas 2============
22595.99
baki tebus emas 3============
16776.71
jumlah RM
443169.8
tolak modal
300000
untung
143169.8
keuntungan setahun
47.72327