Sunday 14 August 2011

Cara Kira Zakat Emas & Perak

sumber : http://www.saudagaremas916.com/v1/index.php?option=com_zoo&task=item&item_id=241&Itemid=53


Saya sering ditanya ‘adakah emas yang saya simpan perlu dibayar zakat?’. Oleh itu saya ingin berkongsi ilmu berkenaan dengan anda.


Zakat emas dan perak wajid dizakatkan. Merujuk kepada Al-quran surah Al-Tawbah ayat 34-35, maksudnya :Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat). Maka gembiralah mereka dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar di dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka seraya dikatakan kepadanya,’’inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu’’.

Kadar wajib zakat :
Nisab emas 20 miskal = 85g
Nisab perak 200 dirham = 595g
Kadar zakat 2.5% @ 1/40 nilai emas atau perak semasa

Tempoh masa 1 tahun.

Pengiraan zakat emas:

Contohnya :

  • emas yang disimpan beratnya 100 g & tempoh simpan selama 1 tahun.
  • Nilai emas semasa segram bersamaan Rm160.00
  • Nilai emas semasa = 100g x Rm160.00 =Rm16,000
  • Zakat emas perlu dibayar = Rm16,000 x 2.5% = Rm400

Pengiraan zakat perak :
Contohnya :

  • Perak yang disimpan beratnya 500g & tempoh simpan selama 1 tahun.
  • Nilai perak segram = Rm6.73
  • Nilai perak semasa = 500g x Rm6.73 = Rm3,365.00
  • Zakat perak perlu dibanyar = Rm3,365.00 x 2.5% = Rm84.13


Nota :

  • Emas @ perak yang dijadikan perhiasan wanita tidak diwajibkan zakat kecuali barang emas yang melebihi uruf (kuantiti melebihi tahap kebiasaan). Kadar uruf berbeza mengikut negeri. Kadar uruf bagi wilayah persekutuan = 150g

Contohnya :

  • Emas perhiasan yang dimiliki = 200g
  • Emas perhiasan yang perlu dizakat = 200g -150g = 50g
  • Zakat perlu dibayar = 50g x Rm160.00 x 2.5 % = Rm200.00
  • Bagi emas yang berada di ar-rahnu tidak perlu dizakatkan kerana emas tersebut bukan milik penuh pengadai.
  • Bagi peniaga emas, emas yang tersimpan melebihi tempoh 1 tahun perlu dizakatkan.

Selesai kira zakat, sila buat bayaran di mana-mana pusat zakat negeri masing-masing. Anda Cuma perlu niat dan akad untuk membayar zakat emas.

No comments:

Post a Comment