Wednesday 24 August 2011

Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal

sumber ; http://blog.aidan.com.my/2010/01/emas-teknik-teknik-membuat-untung-melalui-emas-fizikal/

Assalamualaikum wbt

Terdapat beberapa teknik untuk menjana serta memaksimumkan keuntungan melalui emas fizikal. Namun pada entri kali ini, saya merancang untuk lebih menekankan mengenai teknik “Pajak-Beli-Pajak” sahaja.

Pada 1/12/09 yang lalu, saya telah gadaikan hampir kesemua emas (kecuali syiling emas 1 dinar) yang saya telah beli pada 11/11/09 (sila rujuk entri Emas: Satu Permulaan) di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Cawangan Batu Caves, Selangor. Berikut adalah maklumat terperinci berkaitan gadaian emas yang di buat:

pajak1

(Click the above picture to enlarge)

*Price/gramme = harga emas semasa yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat pada hari tersebut.

**Marhun = jumlah harga emas (Price per gramme x Total Weight) yang mengikut harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat pada hari tersebut.

Setelah mendapat pinjaman berjumlah 65% daripada nilai marhun, iaitu sebanyak RM68,256 saya telah beli lagi jongkong emas 20g sebanyak 24 ketul dengan jumlah harga sebanyak RM68,160. Bertambah lagi jumlah emas saya sebanyak 480g. :)

beli2

(Click the above picture to enlarge)

Pada keesokan harinya, saya gadaikan lagi di Ar-Rahnu 14 ketul jongkong emas 20g dengan nilai marhun sebanyak RM42,392 dan mendapat pinjaman 65% bersamaan RM27,554. Lebihan 10 ketul jongkong emas 20g yang lain, saya pegang in-hand. Saya tidak dapat menggadaikannya kerana jumlah pinjaman saya (RM68,256 + RM27,554 = RM95,810) sudah hampir mencapai had maksimum RM100K. Setiap orang hanya dibenar meminjam sehingga RM100K sahaja.

Sila klik ketiga-tiga gambar di bawah untuk melihat sendiri Surat Akuan Gadaian yang saya dapat.

pgold-pajak13 pgold-pajak22 pgold-pajak4

Hehehe…apa yang saya buat seterusnya dengan duit tersebut? SAYA BELI EMAS LAGI!! :D

Ya, saya beli lagi emas seperti berikut:

beli3

(Click the above picture to enlarge)

Ini bermakna, emas dalam tangan yang saya ada pada ketika ini adalah kesemua emas yang saya beli pada belian yang terakhir dan termasuk 10 ketul jongkong emas 20g yang saya tidak dapat gadai sebelum ini serta 11 keping syiling 1 dinar yang saya beli pada mula-mula dulu. Selebihnya di ’simpan’ di Ar-Rahnu.

Hehe…dengan modal permulaan sebanyak RM100,419 saya telah mendapat jumlah emas sebanyak 760.5 gram. Tetapi setelah menggunakan teknik pajak-beli-pajak ini, jumlah emas terkini yang saya perolehi adalah sebanyak 1430.5 gram. Lebih daripada 1.4 kg tu! Masyuukk… :D

Mungkin kini ada antara anda yang bertanya, “Entri ni dah berjela-jela dah ni tapi still…macam mana nak maksimumkan untung dengan cara macam ni?

Mudah sahaja konsepnya. Kalau sekarang anda beli 1 jongkong emas 20g dengan harga RM2000 misalnya. Kemudian bulan June 2010 nanti harga emas naik dan anda boleh jual pada harga RM3000. Untung kasar anda adalah sebanyak RM1000 kan? Kalau 1 jongkong emas 20g anda sudah boleh buat untung kasar RM1000, macam mana kalau anda ada 24 jongkong emas 20g? 24 x RM1000 = RM24000!! masyuukk…hehe…ini hanyalah sebagai contoh. Pengiraannya bukanlah straight forward macam ni. Saya hanya mengambil contoh yang mudah supaya anda dapat nampak konsep asasnya dulu.

Baca lagi di bawah ini.

Now, kalau saya tak guna teknik pajak ni?… Kalau saya tak guna teknik pajak ni, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM100,419, saya hanya ada 4 jongkong emas 20g. Sekarang??…Sekarang saya sudah ada 30 jongkong emas 20g!!

Sebab tu saya ada nyatakan di atas tadi, “dengan modal permulaan sebanyak RM100,419 saya telah mendapat jumlah emas sebanyak 760.5 gram. Tetapi setelah menggunakan teknik pajak-beli-pajak ini, jumlah emas terkini yang saya perolehi adalah sebanyak 1430.5 gram. Lebih daripada 1.4 kg tu!“.

Bila harga emas naik melambung dan anda berminat nak jual, maka jual lah step by step. First, jual emas-emas yang ada in-hand. Dapat untung, pergi tebus emas-emas yang anda gadai pada kali yang terakhir sebelum ini. Dah dapat emas, jual lagi. Kemudian sekali lagi, dah dapat untung, tebus emas-emas anda lagi. Begitulah seterusnya. Sehinggalah emas-emas anda sudah tidak ada lagi di Ar-Rahnu.

Dan…cara yang paling baik ialah untuk memajak di Ar-Rahnu ketika harga emas mengalami market correction. Maknanya, bila harga turun, anda beli emas lagi, pajak dan dapat duit. Bila turun lagi, anda beli lagi emas menggunakan duit yang anda dapat melalui pajakan sebelum ini dan pajak emas-emas tu lagi. Begitulah seterusnya. Dengan teknik ini, anda sudah pun melakukan ‘cost averaging‘ iaitu, kos purata anda membeli kesemua emas fizikal dapat dikurangkan dan pada masa yang sama anda dapat menambah jumlah emas dalam simpanan anda. Hehe…berbaloi-baloi…

Namun, sudah pasti anda perlu consider upah simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu sebagai kos anda. Macam mana nak cari duit untuk bayar upah simpan Ar-Rahnu tu, kita boleh bincang nanti dalam entri Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal.

Cuma…anda kena berhat-hati dengan beberapa perkara. Antaranya ialah, sekiranya matlamat anda ialah hendak memaksimumkan keuntungan melalui emas fizikal yang anda beli, maka jangan sesekali gunakan duit yang anda dapat hasil daripada pajakan tersebut untuk kegunaan-kegunaan yang lain. Pastikan anda beli emas lagi. Setelah pajakan yang terakhir anda buat, pastikan anda beli emas lagi. Pastikan pada akhirnya…anda ada emas fizikal in-hand. Bukan duit! Ingat pesanan ni betul2.

Oh ye, pastikan juga anda membeli jongkong emas atau syiling/dinar emas ye. Bukan barang kemas atau akaun pelaburan emas. Baca entri ni nanti; Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas.

Apatah lagi skim2 pelaburan emas yang mengarut yang bersepah-sepah di luar sana. Make sure anda yang pegang ketulan-ketulan emas yang anda beli. Kalau mereka jual ketulan2 emas kepada anda tetapi setelah beli, mereka meletakkan syarat yang anda mesti biar mereka pegang ketulan2 emas anda…maka jauhilah mereka. Bab ni saya rancang nak bercerita dalam entri Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah.

Kalau bagi Ar-Rahnu ‘pegang’ takpe. Tu dah boleh di kira sebagai ’safety box’ anda secara tak langsung. :)

Sekian. Wassalam.

Discalmer: Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya.Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

No comments:

Post a Comment